Akta Perolehan Kerajaan 2026 · Updated to 26 May 2026 · Bahagian VIII · Penyiasatan dan Penguatkuasaan
50. Akses kepada data berkomputer
Feedback & support(1)
Mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberikan akses kepada data berkomputer sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, pegawai diberi kuasa hendaklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman data berkomputer itu.