Skip to content
In forceUpdated to 26 May 2026Read it in English

Bahagian VIII · Penyiasatan dan Penguatkuasaan

51. Senarai benda yang disita

Feedback & support
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat disita di bawah Bahagian ini, pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu hendaklah dengan secepat yang dapat

Undang-Undang Malaysia 52

dilaksanakan menyediakan senarai rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disita itu dan dengan segera menyerahkan salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang telah digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.

(2)

Jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu hendaklah di mana-mana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Report

Bahagian IX

Aduan, Bantahan dan Kajian Semula

Bahagian X

Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Pendakwaan

Bahagian XII

Schedules