Seksyen 52
Pelepasan benda yang disita
of Akta Perolehan Kerajaan 2026
Jika apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat telah disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu, boleh pada bila-bila masa selepas itu melepaskan rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disita itu kepada orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepada rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disita itu jika dia berpuas hati bahawa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disita itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini dan tidak dikehendaki selainnya bagi maksud mana-mana prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam hal sedemikian, pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu, Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan, tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disita itu telah dibuat dengan suci hati.
Perolehan Kerajaan 53
(2)
Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang melakukan pelepasan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar salinan rekod itu kepada Pendakwa
Raya dalam masa tujuh hari daripada pelepasan itu.