Skip to content
In forceUpdated to 26 May 2026Read it in English

Bahagian VIII · Penyiasatan dan Penguatkuasaan

60. Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan dan pengubahan rekod

Feedback & support

Mana-mana orang yang—

(a)

memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah; atau

(b)

menghantar atau cuba untuk menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk memindahkan dari premisnya atau menghantar ke luar Malaysia, apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disimpan atau disenggarakan dengan niat untuk memfraud Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, Pendaftar atau mana-mana entiti perolehan, atau untuk menyekat, melengahkan atau menggalang penjalanan suatu penyiasatan atau penjalanan apa-apa kuasa oleh Perbendaharaan atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau Pendaftar di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian IX

Aduan, Bantahan dan Kajian Semula

Bahagian X

Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Pendakwaan

Bahagian XII

Schedules