Skip to content
In forceUpdated to 15 Jan 2024Read it in English

Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja

16. Gaji, terma dan syarat perkhidmatan pekerja Kerajaan hendaklah diambil kira

Feedback & support
(1)

Terma dan syarat yang dirangka oleh Lembaga hendaklah mengambil kira gaji dan terma dan syarat perkhidmatan, termasuklah apa-apa hak terakru cuti, yang dinikmati oleh orang ketika berada dalam guna khidmat Kerajaan sebelum mengambil opsyen memasuki perkhidmatan Lembaga; dan apa-apa terma atau syarat sedemikian yang berhubungan dengan tempoh perkhidmatan dengan Lembaga hendaklah membuat peruntukan mengiktiraf perkhidmatan dengan

Kerajaan oleh orang yang membuat opsyen itu sebagai perkhidmatan mereka dengan Lembaga.

(2)

Jika mana-mana orang dalam perkhidmatan Lembaga yang kesnya tidak termasuk dalam skop mana-mana skim pencen atau skim lain yang ditubuhkan di bawah seksyen ini bersara atau meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan Lembaga atau dilepaskan daripada perkhidmatan itu, Lembaga boleh memberikan kepadanya atau kepada mana-mana orang atau orang lain yang menjadi tanggungan sepenuhnya atau sebahagiannya, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga, apa-apa elaun atau ganjaran sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

Report

Bahagian V

Peruntukan Kewangan

Bahagian VI

Schedules