Akta Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia 1995 · Updated to 15 Jan 2024 · Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja
19. Penerusan dan penyempurnaan prosiding tatatertib
Feedback & support(1)
Jika pada hari penetapan itu apa-apa prosiding tatatertib belum diputuskan atau wujud terhadap mana-mana pekerja Kerajaan yang telah mengambil opsyen memasuki perkhidmatan Lembaga, prosiding itu hendaklah diteruskan dan disempurnakan oleh Lembaga.
(2)
Sesuatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh jawatankuasa menurut seksyen ini hendaklah dianggap sebagai suatu perintah, keputusan atau arahan Lembaga dan mempunyai kuat kuasa atau kesan yang sama seolah-olah ia telah dibuat atau diberikan oleh Lembaga menurut kuasa yang terletak hak pada Lembaga di bawah Akta ini.