Akta Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia 1995 · Updated to 15 Jan 2024 · Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja
18B. Prosiding tatatertib berkenaan dengan ketua pegawai eksekutif
Feedback & supportJawatankuasa Tatatertib berkenaan dengan ketua pegawai eksekutif hendaklah terdiri daripada Pengerusi Lembaga sebagai pengerusi dan dua orang anggota Lembaga yang dilantik oleh
Pengerusi Lembaga.
Jawatankuasa
Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuasa untuk menjalankan prosiding tatatertib terhadap ketua pegawai eksekutif mengikut apa-apa peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen 18 dan boleh membuat apa-apa perakuan kepada Menteri mengenai hukuman yang hendak dikenakan ke atas atau apa-apa tindakan lain yang boleh diambil terhadap ketua pegawai eksekutif itu.
Keputusan Menteri di bawah subseksyen (2) adalah muktamad.