Akta Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia 1995 · Updated to 15 Jan 2024 · Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja
18. Tatatertib
Feedback & supportLembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pekerjanya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang itu.
Lembaga boleh, dengan kelulusan
Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib pekerjanya.
Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini—
boleh mewujudkan kesalahan tatatertib;
boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga dan hukuman itu boleh meliputi—
amaran;
denda;
pelucuthakan emolumen;
penangguhan pergerakan gaji;
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 21
pengurangan gaji;
penurunan pangkat; dan
buang kerja;
hendaklah memberikan kepada pekerja yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil peluang untuk membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh Jawatankuasa
Tatatertib kecuali dalam hal yang berikut:
jika seseorang pekerja dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan salah laku yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;
jika
Lembaga, atas syor
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau
jika telah—
dibuat terhadap seseorang pekerja apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau pengusiran; atau
dikenakan terhadap seseorang pekerja apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya
Malaysia, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen atau perlindungan wanita dan gadis atau perlindungan kanak-kanak;
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 533
boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen seseorang pekerja semasa menanti selesainya prosiding jenayah atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat;
boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan kerja tanpa emolumen seseorang pekerja—
jika pekerja itu telah disabitkan oleh suatu mahkamah jenayah; atau
jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dikenakan ke atas pekerja itu; dan
boleh mengadakan peruntukan bagi tatacara pendengaran sesuatu rayuan oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 18C.