Skip to content
In forceUpdated to 15 Jan 2024Read it in English

Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja

18D. Penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam

Feedback & support
(1)

Jika Lembaga mendapati atau jika representasi dibuat kepada Lembaga bahawa adalah wajar perkhidmatan seseorang pekerja ditamatkan demi kepentingan awam, Lembaga boleh mengarahkan pegawai atasan kepada pekerja yang terhadapnya representasi itu dibuat supaya mengemukakan kepada Lembaga suatu laporan lengkap yang hendaklah mengandungi butir-butir yang berhubungan dengan kerja dan kelakuan pekerja itu, dan ulasan Ketua

Jabatan pegawai itu.

(2)

Jika, selepas menimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1), Lembaga berpuas hati bahawa dengan mengambil kira syarat perkhidmatan, kerja, kelakuan dan kebergunaan pekerja itu dan segala hal keadaan lain kes itu, adalah wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pekerja itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

Report

Bahagian V

Peruntukan Kewangan

Bahagian VI

Schedules