Skip to content
In forceUpdated to 15 Jan 2024Read it in English

Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja

18E. Perakuan oleh Jawatankuasa Tatatertib

Feedback & support
(1)

Menjadi sah di sisi undang-undang bagi sesuatu

Jawatankuasa Tatatertib untuk memperakukan kepada Lembaga supaya perkhidmatan seseorang pekerja yang ke atasnya Jawatankuasa

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 25

itu menjalankan bidang kuasa tatatertib ditamatkan demi kepentingan awam walaupun tiada prosiding tatatertib telah dijalankan di bawah

Akta ini.

(2)

Suatu perakuan kepada

Lembaga di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan suatu laporan penuh tentang alasan yang perakuan itu diasaskan.

(3)

Lembaga boleh mengarahkan pegawai atasan kepada pekerja yang disebut dalam subseksyen (1) supaya mengemukakan apa-apa maklumat tambahan kepada Lembaga berkenaan dengan pekerja itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.

(4)

Jika, selepas menimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (2) dan apa-apa maklumat tambahan yang dikemukakan di bawah subseksyen (3) Lembaga berpuas hati bahawa, dengan mengambil kira syarat perkhidmatan, kerja, kelakuan dan kebergunaan pekerja itu dan segala hal keadaan lain kes itu, adalah wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pekerja itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

Report

Bahagian V

Peruntukan Kewangan

Bahagian VI

Schedules