Skip to content
In forceUpdated to 15 Jan 2024Read it in English

Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja

18C. Jawatankuasa Rayuan Tatatertib

Feedback & support
(1)

Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang disebut dalam seksyen 18A boleh dirayu kepada Jawatankuasa Rayuan

Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dan yang hendaklah mempunyai undi pemutus; dan

(b)

dua orang anggota lain Lembaga, yang bukannya anggota

Jawatankuasa Tatatertib yang keputusannya merupakan hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dengan kelulusan Lembaga bagi maksud rayuan itu.

(2)

Apabila Jawatankuasa Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan, anggota Jawatankuasa Tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubung dengan rayuan itu.

(3)

Jawatankuasa

Rayuan

Tatatertib boleh mengesahkan, mengakaskan, mengubah keputusan Jawatankuasa Tatatertib atau menghantar balik kes itu kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk ditimbang semula.

Report

Bahagian V

Peruntukan Kewangan

Bahagian VI

Schedules