Seksyen 63
Penggulungan atas arahan pemegang kepentingan suatu skim pelaburan
ActIn forceProvision 63 of 92
Seksyen 63
(1)
Pemegang kepentingan suatu skim pelaburan boleh memanggil mesyuarat untuk mempertimbangkan dan mengundi suatu ketetapan untuk mengarahkan syarikat pengurusan untuk menggulung skim itu.
(2)
Ketetapan itu hendaklah diluluskan oleh sekurang-kurangnya tujuh puluh lima peratus daripada pemegang kepentingan skim atau peratusan yang lebih tinggi sebagaimana yang dinyatakan oleh surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual.