Seksyen 67
Perintah sampingan
Suatu perintah di bawah subseksyen (2) bagi penggulungan suatu skim boleh dibuat kepada Mahkamah oleh—
(a)
syarikat pengurusan;
(b)
pemegang amanah;
(c)
pengarah syarikat pengurusan;
(d)
pemegang kepentingan skim; atau
(e)
Pendaftar.
(2)
Apabila suatu permohonan dibuat di bawah seksyen ini,
Mahkamah boleh—
(a)
melantik seseorang yang layak untuk bertanggungjawab bagi memastikan skim berdaftar digulung mengikut surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktualnya dan apa-apa perintah termasuklah atas sebab bahawa syarikat pengurusan itu tidak lagi wujud atau tidak menunaikan obligasinya secara teratur berhubung dengan penggulungan; atau
(b)
memberikan arahan tentang bagaimana suatu skim boleh digulung, termasuklah bagi sebab bahawa peruntukan dalam surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu tidak mencukupi atau tidak boleh dilaksanakan.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “seseorang yang layak” ertinya seorang pelikuidasi yang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016.