Skip to content

Seksyen 68

Wang yang tidak dituntut hendaklah dibayar kepada Pendaftar

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 68 of 92
Seksyen 68
(1)

Jika, setelah selesai penggulungan suatu skim berdaftar, syarikat pengurusan atau orang yang dilantik di bawah seksyen 67

mempunyai dalam milikan atau di bawah kawalannya apa-apa wang yang tidak dituntut atau tidak diagihkan atau harta lain yang merupakan

80 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

sebahagian daripada harta skim itu, syarikat pengurusan itu atau orang itu hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, menyerahkan wang atau memindahkan harta itu kepada Pendaftar.

(2)

Peruntukan di bawah Subpenggal 2 Penggal 4 Bahagian IV

Akta Syarikat 2016 hendaklah terpakai dalam berurusan dengan wang atau harta yang terletak hak sedemikian pada Pendaftar dengan pengubahsuaian dan penyesuaian yang perlu.