Skip to content

Seksyen 65

Penggulungan atas perintah Mahkamah

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 65 of 92
Seksyen 65
(1)

Suatu permohonan untuk menggulung skim boleh dibuat kepada Mahkamah oleh—

(a)

syarikat pengurusan;

(b)

pemegang amanah;

(c)

pengarah syarikat pengurusan;

(d)

pemegang kepentingan skim; atau

(e)

Pendaftar.

(2)

Mahkamah boleh memerintahkan syarikat pengurusan suatu skim untuk menggulung skim itu jika—

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(a)

Mahkamah fikirkan adil dan saksama untuk berbuat demikian; atau

(b)

dalam masa enam bulan sebelum permohonan kepada

Mahkamah dibuat, pelaksanaan atau proses lain telah dikeluarkan melalui suatu penghakiman, dekri atau perintah yang diperoleh dalam Mahkamah, sama ada di

Malaysia atau tidak, memihak kepada pemiutang, dan terhadap syarikat pengurusan itu dalam kapasitinya berhubung dengan skim itu dan pelaksanaan atau proses itu telah dikembalikan tanpa ditunaikan.

(3)

Suatu perintah di bawah perenggan (2)(b) boleh dibuat atas permohonan seseorang pemiutang.