Skip to content

Seksyen 66

Kewajipan syarikat pengurusan dalam penggulungan skim

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 66 of 92
Seksyen 66
(1)

Syarikat pengurusan hendaklah memastikan bahawa skim digulung mengikut surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktualnya atau apa-apa perintah di bawah subseksyen 67(2)—

(a)

jika berlakunya hal keadaan atau kejadian tertentu yang disebut dalam seksyen 62;

(b)

jika suatu ketetapan khas telah diluluskan di bawah seksyen 63; atau

(c)

jika Mahkamah membuat suatu perintah di bawah seksyen 65.

(2)

Suatu kepentingan tidak boleh dikeluarkan oleh suatu syarikat pengurusan apabila hal keadaan di bawah subseksyen (1) timbul.

(3)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Skim Kepentingan 79