Skip to content

Seksyen 64

Penggulungan jika maksud skim dicapai atau tidak boleh dicapai

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 64 of 92
Seksyen 64
(1)

Jika syarikat pengurusan menganggap bahawa maksud skim itu telah dicapai atau tidak boleh dicapai, syarikat pengurusan boleh mengambil langkah-langkah untuk menggulung skim itu mengikut seksyen ini.

(2)

Syarikat pengurusan hendaklah menghantar kepada pemegang kepentingan skim, Pendaftar dan pemegang amanah suatu notis bertulis—

(a)

yang menjelaskan cadangan untuk menggulung skim itu, termasuklah menjelaskan bagaimana maksud skim telah dicapai atau mengapa maksud itu tidak boleh dicapai;

Skim Kepentingan 77

(b)

yang memaklumkan pemegang kepentingan mengenai hak pemegang kepentingan untuk memanggil suatu mesyuarat pemegang kepentingan untuk mempertimbangkan cadangan penggulungan skim dan untuk mengundi cadangan untuk menggulung skim itu;

dan

(c)

yang memaklumkan pemegang kepentingan bahawa syarikat pengurusan itu dibenarkan untuk menggulung skim itu melainkan jika suatu mesyuarat dipanggil untuk mempertimbangkan cadangan penggulungan skim itu dalam masa dua puluh lapan hari dari tarikh notis.

(3)

Syarikat pengurusan boleh menggulung skim jika tiada mesyuarat dipanggil dalam masa dua puluh lapan hari untuk mempertimbangkan cadangan penggulungan dan Pendaftar berpuas hati mengenai fakta itu selepas menerima perakuan daripada pemegang amanah.