Seksyen 20
Kuasa penyiasatan
of Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008
Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini.
(2)
Dalam mana-mana hal yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana pegawai penguat kuasa yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
(3)
Seksyen ini tidak boleh dianggap sebagai mengehadkan atau menyentuh mana-mana kuasa yang serupa yang diberikan kepada mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Perdagangan Antarabangsa mengenai 27
Spesies Terancam