Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian V
27. Section 27
Feedback & supportTanpa menjejaskan subseksyen 23(2) dan seksyen 24, mana-mana spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang semunasabahnya disyaki oleh seorang pegawai penguat kuasa telah digunakan atau akan digunakan dalam pelakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh disita dan ditahan oleh pegawai penguat kuasa itu.