Seksyen 21
Kad kuasa
of Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008
ActIn forceProvision 21 of 55
Seksyen 21
(1)
Maka hendaklah dikeluarkan kepada setiap pegawai penguat kuasa di bawah seksyen 19 suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Menteri.
(2)
Bilamana pegawai penguat kuasa itu menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).