Skip to content

Seksyen 22

Kuasa penangkapan

of Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008

ActIn forceProvision 22 of 55
Seksyen 22
(1)

Seseorang pegawai penguat kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang —

(a)

yang didapati melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

(b)

yang dengan semunasabahnya disyaki oleh pegawai penguat kuasa sebagai terlibat dalam melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat penangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.