Seksyen 28
Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut
of Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008
Jika seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut sedang membawa mana-mana spesies terjadual, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa pengangkut itu dan boleh, jika atas pemeriksaan dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan mana-mana spesies terjadual, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai dalam pengangkut itu yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
(2)
Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai penguat kuasa —
(a)
memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai penguat kuasa itu memeriksanya; dan 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 686
(b)
membuka semua bahagian pengangkut itu untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai penguat kuasa.
(3)
Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.