Seksyen 35
Hak harta mengenai spesies terjadual, dsb. yang dilucuthakkan
of Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008
ActIn forceProvision 35 of 55
Seksyen 35
Mana-mana spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan di bawah Akta ini hendaklah menjadi harta Pihak Berkuasa Pengurusan.