Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian V
36. Pelepasan spesies terjadual, dsb. yang disita
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 34, Pihak Berkuasa Pengurusan boleh, jika difikirkannya patut, pada bila-bila masa mengarahkan supaya mana-mana spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dilepaskan kepada orang yang daripada milik, jagaan atau kawalannya ia disita.