Skip to content

Seksyen 29

Notis penyitaan

of Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008

ActIn forceProvision 29 of 55
Seksyen 29
(1)

Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Akta ini, pegawai penguat kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan-alasan penyitaan itu kepada pemunya spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita dengan menyerahkan suatu salinan notis itu kepada pemunya itu, jika pemunya itu atau tempat dia berada diketahui.

(2)

Notis di bawah subseksyen (1) tidak perlu diberikan jika penyitaan itu dibuat dalam kehadiran —

(a)

pemunya atau ejennya;

(b)

penghuni premis itu; atau

(c)

orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu jika penyitaan itu dibuat di bawah seksyen 28.

Pemulangan sementara pengangkut, dsb.