Seksyen 31
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes
of Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008
Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang pada hemat pegawai penguat kuasa itu mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.
(2)
Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai penguat kuasa itu boleh melaporkan keengganannya itu kepada
Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.