Skip to content

Seksyen 39

Kuasa tambahan

of Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008

ActIn forceProvision 39 of 55
Seksyen 39
(1)

Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan segala atau mana-mana daripada perbuatan yang berikut:

(a)

menghendaki pengemukaan rekod, akaun dan dokumen dan meneliti, memeriksa, dan menyalin mana-mana daripadanya;

(b)

menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini;

(c)

membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.

(2)

Seseorang yang gagal untuk mematuhi permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau

Perdagangan Antarabangsa mengenai 41

Spesies Terancam dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan mengamang atau menghalang pegawai penguat kuasa