Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English
Contents

Bahagian VII · Insurans Labuan

114. Sekatan terhadap dan kewajipan pengurus insurans Labuan, pengurus pengunderaitan Labuan dan broker insurans Labuan

Feedback & support
(1)

Tiada pengurus insurans Labuan berlesen boleh memberikan apa-apa khidmat selain khidmat pentadbiran dan tiada pengurus pengunderaitan Labuan berlesen boleh memberikan apa-apa khidmat selain khidmat pengunderaitan.

(2)

Tiada pengurus pengunderaitan Labuan berlesen boleh memberikan khidmat pengunderaitan dalam atau dari Labuan kepada mana-mana orang yang tidak dilesenkan di bawah Akta ini atau kepada mana-mana perniagaan yang dijalankan oleh penanggung insurans yang didaftarkan di bawah *Akta Insurans 1996 atau oleh pengendali takaful yang didaftarkan di bawah **Akta Takaful 1984.

(3)

Seseorang broker insurans Labuan berlesen boleh mengendalikan insurans atau insurans semula perniagaan insurans domestik, yang diurusniagakan dalam mata wang Malaysia dengan syarat bahawa aktiviti itu tidak termasuk apa-apa aktiviti yang dikawal atau dilarang di bawah undang-undang bertulis lain di Malaysia.

(4)

Tiap-tiap pengurus insurans Labuan berlesen atau pengurus pengunderaitan Labuan berlesen yang bertindak bagi pihak penanggung insurans Labuan hendaklah menyenggarakan wangnya berasingan daripada wang penanggung insurans Labuan itu dan tidak boleh menggunakan wang penanggung insurans Labuan itu untuk menjelaskan apa-apa perbelanjaan atau liabilitinya selain berkenaan dengan perniagaan insurans Labuan itu.

Report

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules