Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian VII · Insurans Labuan

105. Pemberian lesen insurans

Feedback & support
(1)

Apabila diterima permohonan bagi lesen insurans,

Lembaga boleh meluluskan permohonan itu, dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu.

Undang-Undang Malaysia 130

(2)

Jika Lembaga menolak permohonan itu, Lembaga hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai penolakan itu.

(3)

Jika Lembaga meluluskan lesen insurans itu di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah mengeluarkan lesen insurans kepada pemohon.

(4)

Lembaga boleh menentukan jenis aktiviti yang boleh dijalankan oleh pemegang lesen insurans dalam lesen insurans itu.

(5)

Seorang pemohon yang terkilan dengan keputusan Lembaga di bawah subseksyen (1) untuk menolak permohonannya, boleh dalam tempoh tiga puluh hari selepas keputusan itu diberitahu kepadanya, merayu kepada Menteri secara bertulis.

(6)

Pemegang lesen insurans hendaklah mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah lesen yang diberikan di bawah subseksyen (1) selama tempoh lesen itu berkuat kuasa.

(7)

Lesen yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga lesen itu diserahkan balik atau dibatalkan mengikut Akta ini.

(8)

Lembaga boleh, selepas berunding dengan Menteri, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen insurans itu mengubah terma dan syarat yang sedia ada atau mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan, berkenaan dengan suatu lesen insurans, dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya patut.

Report

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules