Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian VII · Insurans Labuan

107. Penerusan kehendak pelesenan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap penanggung insurans Labuan yang merupakan suatu syarikat Labuan hendaklah sebelum membuat apa-apa pindaan atau perubahan kepada mana-mana dokumen konstituennya, atau sebelum apa-apa pertukaran orang yang mengawal, pengarah atau pegawai prinsipalnya, memberikan butir-butir secara bertulis kepada Lembaga mengenai pindaan, perubahan atau pertukaran yang dicadangkan itu, untuk kelulusan Lembaga.

(2)

Tiap-tiap penanggung insurans Labuan yang merupakan suatu syarikat Labuan asing hendaklah, sebelum membuat apa-apa pertukaran pegawai prinsipalnya, memberikan butir-butir secara bertulis kepada Lembaga mengenai apa-apa pertukaran yang dicadangkan itu untuk kelulusan Lembaga.

(3)

Tiap-tiap penanggung insurans Labuan yang merupakan suatu syarikat Labuan asing atau suatu cawangan penanggung insurans

Malaysia hendaklah memberitahu secara bertulis dalam tempoh tiga bulan selepas membuat apa-apa pindaan atau perubahan kepada mana-mana dokumen konstituennya, atau apa-apa pertukaran orang yang mengawal atau pengarahnya dan memberikan butir-butir bertulis kepada Lembaga mengenai pindaan, perubahan atau pertukaran itu yang disahkan dengan sewajarnya oleh seorang pengarah penanggung insurans Labuan itu mengikut cara yang boleh diterima oleh Lembaga.

(4)

Tiap-tiap pemegang lesen insurans hendaklah dengan serta-merta memberitahu Lembaga mengenai apa-apa pindaan atau perubahan kepada apa-apa maklumat yang telah diberikan kepada

Lembaga berkaitan dengan permohonan bagi lesen insurans itu.

(5)

Tiada penanggung insurans Labuan boleh membuat apa-apa pindaan atau perubahan kepada dokumen konstituennya yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis.

(6)

Jika penanggung insurans Labuan itu ialah suatu syarikat

Labuan, tiada peserta penanggung insurans Labuan itu yang memegang lima belas peratus modal berbayar pemohon atau lebih boleh ditukar tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga dan, jika penanggung insurans Labuan itu ialah suatu syarikat Labuan asing, penanggung insurans itu hendaklah dengan segera memberitahu

Lembaga mengenai apa-apa pertukaran pesertanya yang memegang lima belas peratus modal berbayarnya atau lebih.

Undang-Undang Malaysia 132

KEHENDAK KEWANGAN DAN KEWAJIPAN DAN

SEKATAN TERHADAP PEMEGANG LESEN INSURANS

Report

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules