Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English
Contents

Bahagian VII · Insurans Labuan

120. Pembayaran wang polisi

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), jika seseorang pemunya polisi mati setelah membuat suatu penamaan, penanggung insurans

Labuan hendaklah membayar wang polisi pemunya polisi yang mati itu mengikut arahan penamaan itu apabila diterima suatu tuntutan daripada penama dan tuntutan itu disertakan dengan bukti kematian pemunya polisi.

Undang-Undang Malaysia 138

(2)

Jika seseorang penama tidak menuntut wang polisi dalam tempoh dua bulan selepas penanggung insurans Labuan menyedari tentang kematian pemunya polisi, penanggung insurans Labuan itu hendaklah memberitahu penama secara bertulis di alamatnya yang terakhir diketahui mengenai haknya untuk menuntut wang polisi itu.

(3)

Jika seseorang penama tidak menuntut wang polisi dalam tempoh dua belas bulan selepas pemberitahuan di bawah subseksyen (2), seksyen 124 hendaklah terpakai seolah-olah tiada penamaan telah dibuat.

(4)

Jika seseorang penama, selain penama di bawah seksyen 121, mati selepas kematian pemunya polisi tetapi sebelum apa-apa wang polisi telah dibayar kepadanya sebagai penama, seksyen 119

atau seksyen 124 hendaklah terpakai bagi polisi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Report

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules