Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English
Contents

Bahagian VII · Insurans Labuan

119. Pembatalan penamaan

Feedback & support
(1)

Sesuatu penamaan, termasuk sesuatu penamaan yang baginya seksyen 121 terpakai, hendaklah dibatalkan—

(a)

apabila penama mati, atau jika terdapat lebih daripada seorang penama, apabila kesemua penama mati, semasa hayat pemunya polisi;

(b)

melalui suatu notis bertulis yang diberikan oleh pemunya polisi; atau

(c)

dengan apa-apa penamaan terkemudian.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (1), sesuatu penamaan tidak boleh dibatalkan melalui wasiat atau melalui apa-apa tindakan, kejadian atau cara lain.

(3)

Jika terdapat lebih daripada satu penama dan salah satu penama itu mati terdahulu daripada pemunya polisi, jika tiada apa-apa penamaan terkemudian oleh pemunya polisi bagi melupuskan bahagian penama yang mati itu, penanggung insurans Labuan itu hendaklah membayar bahagian penama yang mati itu kepada penama yang masih hidup mengikut nisbah bahagian mereka masing-masing.

Report

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules