Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English
Contents

Bahagian VII · Insurans Labuan

123. Wang polisi yang diserahhakkan atau disandarkan

Feedback & support
(1)

Walaupun terdapat penamaan di bawah seksyen 118 atau pewujudan suatu amanah di bawah subseksyen 121(1), jika wang polisi itu, keseluruhannya atau sebahagiannya, telah disandarkan sebagai cagaran atau diserahhakkan kepada seseorang, tuntutan orang yang berhak di bawah cagaran itu atau penerima serah hak itu hendaklah diberi keutamaan mengatasi tuntutan penama itu dan, tertakluk pada pemeliharaan hak di bawah cagaran atau serah hak itu, penanggung insurans Labuan hendaklah membayar baki wang polisi kepada penama itu.

(2)

Jika terdapat lebih daripada seorang yang berhak di bawah cagaran atau serah hak itu, hak orang yang berhak di bawah cagaran atau serah hak itu masing-masing hendaklah mengikut susunan keutamaan yang menurut keutamaan tarikh cagaran atau serah hak itu diwujudkan, dengan kedua-dua cagaran dan serah hak itu dikira sebagai satu kelas bagi maksud ini.

Report

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules