Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian VII · Insurans Labuan
106. Penyiaran senarai semua pemegang lesen insurans
Feedback & supportLembaga hendaklah menyiarkan pada tiap-tiap tahun tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun suatu senarai semua pemegang lesen insurans yang sedia ada pada 31 Disember tahun yang sebelumnya dan nombor lesen mereka dalam Warta, dan jika apa-apa lesen dikeluarkan, dibatalkan atau diserahkan balik, selepas penyiaran itu, Lembaga hendaklah menyebabkan suatu senarai yang telah diubah mengenai semua pemegang lesen insurans yang sedia ada dan nombor lesen mereka disiarkan dalam Warta dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 131