Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian IX
136. Kaedah-kaedah bursa
Feedback & supportBursa yang ditubuhkan di bawah seksyen 134 boleh membuat kaedah-kaedah yang mengadakan peruntukan bagi—
syarat dan pentadbiran lesen yang dikeluarkan oleh bursa itu dan bagi pengawalseliaan am kelakuan ejen perdagangan dan penganjur penyenaraian berkaitan dengan perniagaan bursa itu;
kehendak kewangan, perakaunan, penyimpanan rekod, penzahiran dan kecukupan modal yang terpakai bagi ejen perdagangan dan penganjur penyenaraian;
syarat yang di bawahnya sekuriti boleh disenaraikan untuk didagangkan dalam pasaran sekuriti yang dicadangkan akan dikendalikan oleh bursa itu;
syarat yang mengawal urus niaga sekuriti oleh ejen perdagangan dan penganjur penyenaraian;
kelas atau kelas-kelas sekuriti yang boleh diurusniagakan oleh ejen perdagangan dan penganjur penyenaraian atau disenaraikan pada bursa itu;
kerahsiaan berkenaan dengan maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal bursa itu dan mana-mana ejen perdagangan atau penganjur penyenaraian berkaitan dengan perniagaan bursa itu;
timbang tara pertikaian yang berbangkit daripada atau yang berkaitan dengan mana-mana pasaran sekuriti yang dikendalikan oleh bursa itu;
penggantungan perdagangan pada dan pembatalan penyenaraian mana-mana sekuriti yang disenaraikan pada bursa itu;
penjalanan perniagaan bursa itu dengan mengambil kira kepentingan awam dengan sewajarnya;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 153
pasaran yang adil dan bebas bagi penyenaraian dan perdagangan sekuriti; dan
apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu atau wajar oleh bursa itu bagi pengawalseliaan, pengurusan dan pengawalan dengan sepatutnya dan cekap bursa itu dan pasaran sekuriti yang dikendalikan olehnya.