Seksyen 138
Kuasa jawatankuasa
of Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010
Hal ehwal bursa yang ditubuhkan di bawah seksyen 134
hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang terdiri daripada tidak kurang daripada tiga orang yang mempunyai pengalaman yang berkaitan dalam perkara kewangan, komersial atau undang-undang yang daripadanya pengerusi dan seorang lain hendaklah dilantik oleh Menteri dan yang lainnya oleh Lembaga.
(2)
Tertakluk pada Bahagian ini, jawatankuasa itu hendaklah mempunyai kuasa penuh dalam semua perkara yang berhubungan dengan penyenaraian, pelesenan, sekuriti atau urus niaga bursa itu dan perkara lain yang berhubungan dengannya.
(3)
Tertakluk pada seksyen 184, peruntukan Akta Syarikat Labuan 1990 hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, terpakai dari segala segi bagi orang yang membentuk jawatankuasa seolah-olah orang itu ialah pengarah bagi maksud
Akta itu.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 155