Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian IX
140. Daftar ejen perdagangan dan penganjur penyenaraian
Feedback & supportBursa yang ditubuhkan di bawah seksyen 134 hendaklah menyimpan suatu daftar ejen perdagangan dan penganjur penyenaraian dan hendaklah mencatatkan dalamnya nama dan alamat ejen perdagangan dan penganjur penyenaraian dan tarikh setiap ejen perdagangan dan penganjur penyenaraian itu diterima masuk dan terhenti menjadi seorang ejen perdagangan atau penganjur penyenaraian.
Daftar ejen perdagangan dan penganjur penyenaraian hendaklah tersedia untuk pemeriksaan di pejabat berdaftar bursa itu pada waktu perniagaan.
Mana-mana orang boleh menghendaki, dan jika dikehendaki, bursa yang berkenaan itu hendaklah dengan segera mengadakan, suatu salinan daftar atau mana-mana bahagiannya apabila dibayar fi yang ditentukan secara bertulis oleh bursa itu.
Apa-apa pembayaran di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat kepada bursa itu.