Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian IX

148. Pembelaan

Feedback & support
(1)

Seseorang individu tidak melakukan kesalahan urus niaga orang dalam kerana berurus niaga sekuriti atau menggalakkan seseorang lain untuk melakukan sedemikian jika dia menunjukkan—

(a)

bahawa dia tidak pada masa itu menjangkakan urus niaga itu akan menghasilkan suatu keuntungan yang boleh dikaitkan dengan hakikat bahawa maklumat yang berkenaan ialah maklumat sensitif harga berhubung dengan sekuriti;

(b)

bahawa pada masa itu dia mempercayai atas alasan yang munasabah bahawa maklumat itu telah dizahirkan dengan sebegitu meluas sehingga dipasti bahawa tiada seorang pun yang mengambil bahagian dalam urus niaga sekuriti itu akan terjejas kerana tidak mempunyai maklumat itu;

(c)

bahawa dia akan melakukan apa yang telah dilakukannya walaupun jika dia tidak mempunyai maklumat itu.

(2)

Seseorang individu tidak melakukan kesalahan urus niaga orang dalam berdasarkan penzahiran maklumat jika dia menunjukkan—

(a)

bahawa dia tidak pada masa itu menjangkakan mana-mana orang, disebabkan oleh penzahiran itu, akan berurus niaga sekuriti; atau

(b)

bahawa, walaupun dia mempunyai jangkaan sedemikian pada masa itu, dia tidak menjangkakan urus niaga itu akan menghasilkan keuntungan yang boleh dikaitkan dengan hakikat bahawa maklumat itu ialah maklumat sensitif harga berhubung dengan sekuriti.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa sebutan mengenai keuntungan dalam Bahagian ini termasuklah pengelakan kerugian.

Undang-Undang Malaysia 164

Report

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules