Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian IX
147. Urus niaga orang dalam
Feedback & supportTertakluk pada pembelaan yang ada di bawah Bahagian ini, mana-mana individu yang mempunyai maklumat sebagai orang dalam dan—
dia berurus niaga sekuriti yang merupakan sekuriti yang harganya terjejas berhubung dengan maklumat itu;
dia menggalakkan seseorang lain untuk berurus niaga sekuriti yang, sama ada orang lain itu mengetahuinya atau tidak ialah sekuriti yang harganya terjejas berhubung dengan maklumat itu; atau
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 163
dia mendedahkan maklumat itu selain dalam pelaksanaan yang sepatutnya fungsi pekerjaan, jawatan atau profesionnya, kepada orang lain, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit.