Skip to content

Seksyen 143

Penggantungan perdagangan di bursa

of Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010

ActIn forceProvision 143 of 202
Seksyen 143
(1)

Lembaga boleh mengarahkan mana-mana bursa yang ditubuhkan di bawah seksyen 134 dengan notis bertulis untuk menggantung perdagangan, atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 138 boleh, selepas memberitahu

Lembaga, menggantung perdagangan, pada bursa itu sama ada pada keseluruhannya selama suatu tempoh yang tidak melebihi lima hari perniagaan berturut-turut atau berkenaan dengan sekuriti yang ditentukan selama apa-apa tempoh yang difikirkan patut oleh

Lembaga jika Lembaga selepas berunding dengan jawatankuasa memutuskan bahawa perjalanan teratur perdagangan itu sedang atau mungkin terhalang oleh sebab force majeure, bencana alam, mogok atau sekat masuk, pemberontakan atau pergolakan politik yang lain atau krisis ekonomi atau kewangan, di mana-mana jua berlaku.

(2)

Menurut subseksyen (1), penggantungan perdagangan hendaklah dijalankan mengikut kaedah-kaedah bursa yang berkenaan.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 157

(3)

Lembaga boleh, selepas berunding dengan jawatankuasa, mengarahkan sesuatu bursa untuk melanjutkan tempoh penggantungan perdagangan di bawah subseksyen (1) sama ada pada keseluruhannya bagi tempoh tambahan yang tidak melebihi lima hari perniagaan berturut-turut atau berhubung dengan sekuriti yang ditentukan selama apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya patut.

(4)

Lembaga hendaklah dalam tempoh dua hari perniagaan memberikan notis bertulis mengenai pelanjutan itu kepada sesuatu bursa dengan menunjukkan dalamnya sebab bagi pelanjutan itu dan tempohnya dan notis sedemikian hendaklah berkuat kuasa apabila ia diserahkan kepada bursa itu.

(5)

Lembaga hendaklah pada hari perniagaan yang mengikuti hari penghantarserahan notis kepada bursa di bawah seksyen ini dan jika diminta sedemikian oleh bursa itu memberi bursa itu peluang untuk didengar tentang perlunya apa-apa penggantungan perdagangan atau apa-apa pelanjutan penggantungan itu.

(6)

Lembaga boleh membatalkan, menarik balik atau mengubahsuaikan apa-apa arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan (3) pada bila-bila masa sebelum habis tempoh penggantungan atau pelanjutannya itu.