Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian IX

150. Mendapatkan pemerolehan atau pelupusan sekuriti

Feedback & support
(1)

Seseorang mendapat pemerolehan atau pelupusan sekuriti jika sekuriti itu diperoleh atau dilupuskan oleh seseorang yang merupakan, berhubung dengan pemerolehan atau pelupusan itu—

(a)

ejennya;

(b)

penamanya; atau

(c)

seseorang yang bertindak atas arahannya.

(2)

Subseksyen (1) tidaklah terbatas tentang hal keadaan yang dalamnya seseorang boleh dikira sebagai mendapat sesuatu pemerolehan atau pelupusan sekuriti oleh seseorang lain.

(3)

“Pemerolehan” atau “pelupusan” berhubung dengan sekuriti termasuk bersetuju untuk memperoleh atau melupuskan sekuriti atau membuat atau menamatkan sesuatu kontrak yang mewujudkan sekuriti, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Report

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules