Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Kewangan
Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Kewangan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Sesuatu institusi kewangan Labuan bertanggungan, dalam hal mana-mana perkhidmatan kewangan Labuan yang diadakan olehnya, membayar suatu levi kepada Lembaga.
Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menentukan apa-apa kadar levi sebagaimana yang perlu untuk membayar kos pentadbiran dan pengendalian Lembaga; dan kadar yang berlainan boleh ditentukan berkenaan dengan kelas berlainan perkhidmatan kewangan Labuan.
Amaun apa-apa levi yang kena dibayar di bawah seksyen ini boleh didapatkan sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada
Lembaga.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi—
pembayaran levi di bawah seksyen ini;
tertakluk kepada peruntukan yang berhubungan dengan kerahsiaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan institusi kewangan Labuan, penyimpanan, pemeriksaan dan pengauditan akaun institusi kewangan Labuan yang berhubungan dengan pemungutan levi itu.