Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian III · Kewangan

36E. Permohonan bagi penggulungan

(1)

Walau apa pun peruntukan Akta Syarikat 1965 atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, mana-mana perbadanan yang berdaftar di bawah Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441], sama ada atau tidak perbadanan itu sedang digulung secara sukarela, boleh digulung di bawah suatu perintah mahkamah atas petisyen Lembaga, mengikut peruntukan Akta Syarikat Labuan 1990.

(2)

Mahkamah boleh memerintahkan penggulungan atas petisyen yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika perbadanan yang disebut dalam subseksyen (1)—

(a)

telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990, dan bahawa pendaftaran itu telah dibatalkan atau diserahkan balik; atau

(b)

telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, sama ada atau tidak perbadanan itu telah dipertuduh dengan suatu kesalahan berkenaan pelanggaran itu, atau sama ada atau tidak pelanggaran telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan.

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Report