Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian III · Kewangan

36B. Pengkompaunan kesalahan

(1)

Lembaga boleh, dengan persetujuan bertulis Pendakwa

Raya, dalam sesuatu kes jika dia berfikir sesuai dan layak berbuat demikian, mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang boleh dihukum di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Lembaga, dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia disabitkan atas kesalahan itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

(3)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh

Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan kesalahan itu dibuat.

Tanggungan pengarah, pegawai, pengawal, dsb.

Report