Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian III · Kewangan

36C. Jika mana-mana kesalahan terhadap mana-mana peruntukan

Akta ini telah dilakukan oleh mana-mana institusi kewangan Labuan, mana-mana orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai, atau pengawal, dalam institusi kewangan

Labuan itu atau berupa sebagai bertindak dalam mana-mana sifat sedemikian, atau telah dengan apa-apa cara sehingga apa-apa takat bertanggungjawab tentang pengurusan mana-mana hal ehwal institusi kewangan Labuan itu, atau telah membantu dalam pengurusan sedemikian melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkan olehnya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mencegah perlakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, dengan memberikan perhatian kepada jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan.

Report