Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian III · Kewangan

36I. Audit khas

(1)

Jika terdapat kegagalan di pihak mana-mana institusi kewangan Labuan atau mana-mana orang untuk mematuhi peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam

Jadual, Lembaga boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah seksyen 4B untuk memaksa institusi kewangan Labuan itu untuk melantik seorang juruaudit khas untuk menjalankan audit khas ke atas institusi kewangan Labuan itu.

(2)

Juruaudit khas yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah mengemukakan laporannya kepada Lembaga dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.

(3)

Seorang juruaudit khas di bawah seksyen ini hendaklah termasuk seorang “juruaudit yang diluluskan” yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Syarikat Labuan 1990.

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Report