Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian III · Kewangan

36D. Kuasa untuk mendakwa kesalahan

(1)

Mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga boleh, dengan kebenaran secara bertulis oleh Pendakwa Raya, mendakwa dalam mana-mana mahkamah apa-apa kes berkenaan dengan mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 61

(2)

Bagi maksud seksyen 380 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], seseorang pegawai atau pekerja Lembaga yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai awam.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, mana-mana orang hendaklah termasuk—

(a)

mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja Lembaga yang telah diterima masuk sebagai seorang peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976; atau

(b)

mana-mana peguam bela dan peguam cara Mahkamah

Tinggi Malaya atau Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Report