Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian III · Kewangan

38. Kuasa Menteri untuk membuat ubah suaian

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), Menteri boleh, bilamana didapatinya perlu atau suai manfaat dibuat sedemikian sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan atau berikutan dengan terlulusnya

Akta ini, melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1) selepas habis tempoh dua tahun dari mula berkuatkuasanya Akta ini.

Report