Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Kewangan
Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Kewangan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Lembaga hendaklah menyebabkan disimpan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laporan yang sepatutnya mengenai aktivitinya dan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan disediakan—
suatu penyata akaun
Lembaga yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan
pernyataan mengenai aktivitinya, bagi tahun kewangan itu.
Lembaga hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua
Majlis Parlimen.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga.