Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Kewangan
Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Kewangan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota Lembaga, mana-mana anggota suatu jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekerja atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dibuat atau ditinggalkan olehnya atas sifatnya itu.
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah bagi maksud memakai Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948, disifatkan sebagai seorang pegawai awam atau seseorang yang terlibat atau yang diambil bekerja bagi melaksanakan kewajipan awam.